Most Read
Most Commented
mk-logo
Logistics News
BEST Ampang Kembangkan Perkhidmatan, Kini Merangkumi BEST Cargo
Published:  Oct 15, 2025 2:50 PM
Updated: 8:11 AM

Ampang, Oktober – Stesen BEST Ampang terus melangkah ke hadapan dalam industri logistik dengan peluasan perkhidmatan mereka kepada BEST Cargo, menandakan satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan stesen tersebut sejak mula beroperasi pada tahun 2023.

Walaupun perjalanan untuk memulakan perniagaan kurier ini tidak mudah namun mereka mengambil langkah untuk memenuhi kehendak dan permintaan pelanggan.

Menurut wakil pengurusan stesen, operasi BEST Ampang, Nazirah, bermula dengan model outsourcing, kemudian beralih kepada ejen, dan kini terus berkembang dengan memperkenalkan perkhidmatan kargo bagi memenuhi keperluan penghantaran berskala besar.

“Langkah ini membolehkan kami menawarkan penyelesaian yang lebih menyeluruh kepada pelanggan — dari penghantaran ekspres hingga kargo bersaiz besar, semuanya di bawah satu bumbung,” jelas Nazirah.

Menghadapi Cabaran dan Menjaga Kepuasan Pelanggan

Walaupun masih baru menapak, namun cabarannya sudah pasti ada. Menurut Nazirah, antara cabaran utama yang dihadapi stesen ini ialah peningkatan jumlah bungkusan, terutama semasa musim perayaan, berbanding jumlah tenaga kerja yang terhad.

Namun begitu, pasukan di BEST Ampang komited untuk memastikan setiap penghantaran diurus dengan cekap agar pelanggan menerima bungkusan mereka tanpa sebarang kelewatan.

“Kami seboleh mungkin akan layan pelanggan sehabis baik dan pastikan semua parcel keluar setiap hari supaya penerima dapat barang mereka tepat pada masanya,” ujar pengurus stesen tersebut.

Kejayaan Didorong oleh Kepercayaan dan Kerjasama

Sejak beroperasi, BEST Ampang telah berjaya membina hubungan baik dengan pelanggan tetap yang terus mempercayai perkhidmatan mereka. Kejayaan ini turut disokong oleh sistem pengurusan yang tersusun dan kerjasama erat bersama Ibu Pejabat BEST Malaysia,yang  memastikan setiap operasi harian berjalan lancar.

“Kami ada pelanggan tetap yang berulang kali menggunakan perkhidmatan kami kerana mereka yakin bungkusan mereka selamat dan sampai tepat pada waktunya. Ini memberi motivasi besar kepada kami untuk terus berkhidmat dengan lebih baik,” tambahnya.

Bersedia Melangkah ke Fasa Baharu – BEST Cargo

Sebagai persediaan menyertai perkhidmatan BEST Cargo, stesen Ampang kini dalam proses menambah baik kemudahan dan tenaga kerja. Peluasan ruang operasi dan peningkatan kapasiti penghantaran dijangka akan memperkukuh keupayaan stesen ini dalam melayani keperluan pelanggan yang semakin meningkat.

Mereka juga berpegang kepada prinsip “pelanggan gembira, kami juga gembira” yang mana ia menjadi motivasi untuk stesen tersebut terus memberikan perkhidmatan dengan penuh dedikasi.

Dengan perkhidmatan BEST Cargo yang telah di tawarkan ini, pelanggan di kawasan Ampang kini boleh menikmati pengalaman penghantaran yang lebih menyeluruh, pantas dan efisien — sama ada untuk bungkusan kecil mahupun penghantaran besar.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi kami di https://www.best-inc.my/ atau hantarkan e-mel ke: [email protected]


Siri ‘Logistics News’ ini adalah hasil kerjasama dengan Best Express.

Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS