
Cubaan halang Jayashree terajui IPF ditolak mahkamah
Bekas naib presiden Parti Barisan Progresif India (IPF) V Mathiyalagan gagal dalam cubaannya untuk menghalang Puan Sri Jayashree Gnanapandithan daripada menjadi presiden parti itu selepas Mahkamah Tinggi berkata ia tidak ada kuasa melayan permohonan perintah sementara yang dikemukakan oleh Mathiyalagan.