
Najib: Bincang pertikaian dalam BN secara tertutup...
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menasihatkan semua anggota komponen Barisan Nasional (BN) supaya tidak membincangkan secara terbuka pertikaian atau permasalahan dan juga polemik tertentu seperti isu ketuanan Melayu.
Ketua Umno bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid hairan dengan dakwaan bekas naib ketua, Datuk Arif Shah Omar Shah bahawa beliau diketepikan oleh ketua bahagian tersebut.
Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir hari ini mengecam pemimpin MCA dan Gerakan kerana memberi "reaksi yang keterlaluan" berhubung isu Ketuanan Melayu.
Polis menolak sebarang unsur-unsur jenayah dalam kematian tokoh Seniman Negara Datuk Syed Alwi Syed Hassan di kediamannya di Kampung Sungai Serai, Kuang, Rawang dekat Sungai Buloh semalam.
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berharap usaha Allahyarham Datuk Razali Ismail dalam memartabatkan profesyen perguruan di negara ini akan diteruskan.
Seorang pemimpin kanan MCA menyokong kenyataan Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk M Kayveas yang mendesak kerajaan supaya meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Pemimpin Umno bahagian memberi pandangan berbeza mengenai cadangan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya pemilihan parti itu dibuka kepada kira-kira 100,000 pemimpin cawangan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menyelar kakitangan awam yang mengugut kontraktor yang mengadu mengenai kelambatan mereka memproses permohonan mengkaji semula kontrak berikutan kenaikan harga barang.
Cadangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR untuk membersihkan anasir BN daripada kerajaan di lima negeri Pakatan Rakyat, tidak menyelesaikan masalah birokasi dan kelancaran dalam pentadbiran, kata bekas timbalan ketuanya, Badrul Hisham Baharin.