Arkib - 31 Disember 2012

Kematian Nagarajan: MP mahu bukti CCTV

Kematian Nagarajan: MP mahu bukti CCTV

MP Puchong Gobind Singh Deo menggesa menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendedahkan rakaman CCTV di lokap ibu pejabat polis Dang Dang Wangi ekoran kematian seorang lelaki K Nagarajan semasa tahanan polis.
BR1M 2.0 dibayar mulai Februari

BR1M 2.0 dibayar mulai Februari

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) akan dilaksanakan bermula Februari depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Kalimah Allah hanya untuk Islam, kata Jakim

Kalimah Allah hanya untuk Islam, kata Jakim

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengulangi kenyataan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh diguna atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.
Veteran tentera tak dibenar lihat dokumen Boustead

Veteran tentera tak dibenar lihat dokumen Boustead

Sekumpulan bekas anggota tentera hari ini dihalang daripada melihat dokumen Boustead Holdings Bhd berhubung pengambilalihan sebuah syarikat milik peniaga Deepak Jaikishan dan juga pembelian tanah daripada sebuah syarikat milik ketua Wanita Umno Selangor Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah.
Gerakan bimbang penjual salah guna rebat telefon pintar

Gerakan bimbang penjual salah guna rebat telefon pintar

Parti Gerakan hari ini memberi peringkatan kepada kerajaan bahawa skim rebat telefon pintar RM200 mungkin disalahguna penjual telefon bimbit dengan memaksa pembeli melanggan perkhidmatan jalur lebar baru.
K'jaan jemput mufti tampil bersama Hadi di TV

K'jaan jemput mufti tampil bersama Hadi di TV

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tokoh agama dan mufti negeri-negeri akan dijemput untuk bersama dalam forum yang akan memberi peluang buat julung kalinya kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi memperjelas amanatnya.
Banglo terjejas di Puncak S'wangsa mula diroboh

Banglo terjejas di Puncak S'wangsa mula diroboh

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Othman Abu Bakar berkata operasi tersebut akan mengambil masa beberapa hari bagi mengelak berlaku lagi runtuhan tanah.
Kes saman TV3: Nizar beri keterangan hari Rabu

Kes saman TV3: Nizar beri keterangan hari Rabu

Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dijangka akan memberi keterangan sebagai saksi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari Rabu, berhubung saman fitnah RM50 juta ke atas TV3 berhubung isu nombor pendaftaran WWW1.
Tiada amaran virus di laman Malaysiakini

Tiada amaran virus di laman Malaysiakini

Sebahagian pengunjung laman Malaysiakini menerima amaran virus yang menyatakan bahawa laman ini berkemungkinan menjejaskan sistem komputer mereka.
Veteran mahu lembaga Boustead sekat urusniaga LTAT

Veteran mahu lembaga Boustead sekat urusniaga LTAT

Sekumpulan veteran angkatan tentera hari ini menggesa rakan-rakan mereka dalam lembaga pengarah Boustead Holdings Berhad untuk menghalang urusniaga tanah kontroversi melibatkan ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan pemimpin Wanita Umno Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah.
Guru pondok bimbang Hadi raih simpati di TV

Guru pondok bimbang Hadi raih simpati di TV

Seorang guru pondok Abdullah Sa'amah berkata beliau tidak bersetuju dengan kesediaan stesen televisyen untuk memberi peluang kepada presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjelaskan amanat yang didakwa dibuat pada 1981.
Hujan di T'ganu, Pahang dijangka berterusan hingga Rabu

Hujan di T'ganu, Pahang dijangka berterusan hingga Rabu

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata daerah-daerah yang terlibat ialah Dungun dan Kemaman di Terengganu dan Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang.
Aktivis edar 'Biskut Telinga Cap Adnan'

Aktivis edar 'Biskut Telinga Cap Adnan'

Sekumpulan aktivis Himpunan Hijau hari ini mengedarkan biskut dinamakan 'Biskut Telinga Cap Adnan' di bandar Bentong sebagai cara untuk mengingatkan warga kawasan tersebut kepada kiasan "potong telinga" oleh Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.
MB: Polis jangan terperangkap dengan politik

MB: Polis jangan terperangkap dengan politik

Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman berkata tanggungjawab polis pada pilihan raya umum kelak pastinya cukup hebat memandangkan provokasi biasanya akan digunakan bagi mengujui kesabaran pasukan keselamatan.
DBKL mula bersihkan Jalan Bukit Setiawangsa

DBKL mula bersihkan Jalan Bukit Setiawangsa

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memulakan kerja pembersihan di Jalan Bukit Setiawangsa di Kuala Lumpur yang ditutup berikutan kejadian tanah runtuh, hari ini.
MARA cipta rekod hasilkan bunga pahar terbesar

MARA cipta rekod hasilkan bunga pahar terbesar

Inisiatif MARA menggubah 7,000 tangkai bunga pahar lengkap dengan telur asin yang disusun setinggi enam meter dengan ukur lilit 12m hari ini berjaya memasuki Buku Rekod Malaysia sebagai gubahan
terbesar setakat ini.