Perompak kempunan, semua ATM tidak beroperasi
Nasib tidak selalu memihak kepada sekumpulan perompak. Beberapa mesin ATM tidak beroperasi setelah berjaya mengugut seorang wanita agar mengeluarkan wangnya secara paksa.
Enggan lari dengan tangan kosong, empat perompak lelaki itu merampas RM100 dan sebuah telefon bimbit dari mangsanya, lapor Bernama .
Menurut polis, perompak menculik wanita itu di sebuah mesin ATM di Taman Midah, Cheras jam 9 malam tanpa pengetahuan suaminya, yang sedang menunggu di kereta, selepas mengeluarkan wang.
Mata wanita berusia 20-an itu telah diikat dengan kain dan kerana ketakutan mangsa tidak berbuat apa-apa.
"Kumpulan perompak itu kemudian membawa mangsa ke beberapa buah mesin ATM lain di sekitar Cheras untuk mengeluarkan wang menggunakan kad ATM milik mangsa," ketua polis daerah Cheras ACP Ahmad Amir Mohd Hashim dipetik berkata.
"Namun mesin-mesin itu tidak beroperasi."
Wanita malang itu yang tidak diapa-apakan kemudian ditinggalkan di belakang sebuah kondominium di Bandar Permaisuri, Cheras, kira-kira jam 2 pagi tadi.

