BERITA

Menteri angkat sumpah Jumaat

Diterbitkan
Dikemaskini 9 Apr 2009, 6:42 pagi

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan senarai barisan kabinet barunya petang esok.

najib on subprime crisis 300908 Beliau dijadual membuat pengumuman tersebut pada jam 3 petang di Jabatan Perdana Menteri.

Sehubungan itu, Najib dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara jam 11 pagi untuk mendapat perkenan baginda terhadap senarai kabinetnya.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, para menteri dan timbalan menteri akan mengangkat sumpah taat setia dan menyimpan rahsia di Istana Negara, Jumaat ini.

Majlis tersebut akan diadakan pada jam 9.30 pagi dan disiarkan secara langsung oleh RTM.

Najib dijangka selesai menemui kesemua ketua-ketua parti komponan BN hari ini untuk memuktamadkan senarai anggota kabinet.

Pagi tadi beliau mengadakan perbincangan dengan Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu dan Presiden PBB Tan Sri Taib Mahmud.

Presiden PBS Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan bertemu Najib semalam, sementara Presiden UPKO Tan Sri Bernard Dompok dilaporkan berunding sehari sebelum Najib mengangkat sumpah, 3 April.

Perdana menteri keenam itu dijangka membariskan kumpulan anggota jemaah menteri yang lebih kecil berbanding sekarang - 29 orang menteri dan 27 kementerian - sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa parti dan pemimpin.

MCA pagi ini mengadakan mesyuarat tergempar barisan pemimpin kanannya - dipercayai tidak berpuas hati dengan keputusan perdana menteri - susulan rombakan kabinet.

Dalam sidang media selepas mesyuarat selama 90 minit itu, presidennya Datuk Seri Ong Tee Keat berkata MCA merayu Najib mengekalkan kuota parti itu - empat menteri dan enam timbalan menteri - seperti sejak pembentukan gabungan itu pada 1974.

Baca berita penuh

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Iklan