Gerakan menggesa Kementerian Pelajaran tidak mendiskriminasi murid yang tidak mempunyai sijil kelahiran dengan meningkatkan yuran pendirikan mereka.

"Sangat tidak adil anak-anak menjadi mangsa akibat kecuaian ibu bapa mereka," kata ahli jawatankuasa pusat parti itu Dr Asharuddin Ahmad.

Beliau mencadangkan kementerian berkenaan dan Jabatan Pendaftaran Negara segera menyelesaikan masalah tersebut kerana ia menjejaskan kebajikan murid-murid tersebut.

"Sebarang penyelesaian mestilah menyeluruh, termasuk mengeluarkan surat beranak kepada mereka yang disahkan dilahirkan di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan hanya murid dengan sijil kelahiran akan mendapat subsidi pendidikan dan mereka yang tidak memilikinya dikehendaki membayar lebih seperti warga asing.

Dr Asharuddin berkata, langkah kementerian berkenaan membawa maksud murid-murid itu dilayan bukan sebagai warganegara Malaysia.

"Satu langkah sementera mesti dicari walaupun pada realitinya kanak-kanak tanpa sijil kelahiran dianggap bukan warganegara," katanya.

Satu cara penyelesaian, tambahnya, dengan mengeluarkan sijil kelahiran sementara kepada ibu atau bapa murid yang berasal dari Malaysia.