BERITA

Program Nizar gagal raih sambutan

Diterbitkan
Dikemaskini 27 Mei 2009, 7:51 pagi

Beberapa ADUN dan ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini gagal menarik perhatian ramai dengan gimik menanam 10 'pokok demokrasi' di kawasan lapang berhampiran sebuah bank di Medan Istana, Ipoh.

Malah seorang petugas bank itu pula dilihat mengambil kesempatan daripada program itu dengan mengedarkan risalah promosi produk perbankannya kepada wartawan, anggota polis serta beberapa ADUN yang hadir, lapor Bernama .

Mereka yang hadir termasuklah ahli parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran (DAP), Lim Pek Har (ADUN Menglembu-DAP), Leong Mee Meng (DAP-Jalong), Chang Lih Kang (PKR-Teja) dan Thomas Su Keong Siong (DAP-Pasir Pinji).

Program yang bermula pada pukul 9.30 pagi itu, tamat sejam kemudian.

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menteri besar Pakatan Rakyat di Perak, yang dijadualkan hadir bersama untuk menanam pokok itu hanya tiba pada pukul 10.15 pagi selepas pokok-pokok itu selesai ditanam, lapor agensi berita itu lagi.

Semua yang hadir bersurai kira-kira 15 minit kemudian.

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.