Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PAS Kelantan sudah menetapkan calon untuk bertanding di DUN Manek Urai dan PAS Kuala Krai membatalkan rancangannya bermesyuarat untuk mencadangkan nama baru.

Keputusan parti di peringkat negeri dibuat setelah mengambil kira senarai calon yang dikemukakan hasil mesyuarat jawatankuasa kawasan tersebut, awal minggu ini.

"Anggota-anggota jabatan pilihanraya PAS Kelantan telah turun ke Manek Urai untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai siapa calon PAS yang sesuai bertanding di situ," kata seorang pemimpin kawasan, yang enggan dikenali.

"Tetapi PAS kawasan Kuala Krai ada memberikan pandangan mengenai calon PAS berkenaan."

Walaupun nama calon - yang akan diumumkan esok - telah diputuskan, beliau bagaimanapun tidak pasti siapa yang dipilih.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga menteri besar Kelantan akan mengumumkan nama calon parti di Markaz PAS Kg Manek Urai Lama, 9 malam.

Difahamkan tiga nama yang disebut-sebut akan menjadi calon PAS di Manek Urai.

Mereka ialah bendahari PAS kawasan Fauzi Abdullah, setiausahanya Mohamad Harun dan bekas calon pada pilihanraya umum 2004, Mohd Zamzuri Mat Lazim.

ADS