Malaysiakini
BERITA Malaysiakini

Kesayuan selubungi pengkebumian Teoh

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Lebih kurang 2,000 orang berhimpun untuk menghadiri pengkebumian Teoh Beng Hock di Alor Gajah, Melaka.

teo beng hock funeral 200709 fiancee Upacara bermula jam 9.45 pagi dan keranda mendiang Teoh dijangka dibawa dari rumahnya di Taman Sri Kelamak kira-kira jam 11 pagi, untuk dikebumikan di taman peringatan Nirvana di Semenyih.

Turut hadir ialah tunang mendiang, Soh Sher Wei dan anggota dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Suasana cukup sayu dengan kain-akin rentang di pasang di sekitar rumah mendiang yang menuntut keadilan terhadap kematian Teoh Khamis lalu, selepas disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salahguna peruntukan DUN di Selangor.

teo beng hock funeral 200709 march 03 Semua pemimpin utama Pakatan memberi penghormatan terakhir pada jam 10.18 pagi, diikuti oleh exco kerajaan negeri Melaka dari MCA, Datuk Gan Tian Loo.

Kira-kira About 10 anggota polis berada di situ untuk memantau keadaan dan mengawal lalulintas.

Ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok mewakili DAP membaca ucapan takziah dari parti tersebut.

Antara yang hadir ialah wakil daripada beberapa persatuan dan pertubuhan Cina, dan anggota Pakatan Rakyat.

teo beng hock funeral 200709 pakatan leaders 04 Perarakan pengkebumian tersebut bermula jam 10.45 pagi. Orang ramai mengiringi kenderaan yang membawa keranda mendiang yang dihiasi ikatan kain merah sebagai tanda kematiannya secara mengejut.

Anggota keluarga dan pemimpin Pakatan dan para penyokongnya berjalan kali mengiringi keranda tersebut sejauh kira-kira 1km.

Poster berwarna hitam putih dan foto Teoh dibawa oleh orang ramai, dengan tulisan 'jangan biarkan Beng Hock mati sia-sia'.

satu kain rentang besar dari PKR, dibawa di hadapan kenderaan yang membawa keranda Teoh, bertulis "Keadilan untuk Beng Hock".

kain rentang yang lain dalam tulisan Cina berbunyi 'kehadilan untuk Beng Hock' dan 'Rakyat mahu jawapan'.

teo beng hock funeral 200709 hearse moving out Pada jam 11.05 pagi, perarakan itu berakhir dan ramai yang menaiki kenderaan untuk meneruskan perjalanan ke taman peringatan Nirvana di Semenyeh, tempat Teoh disemadikan.

Konvoi tersebut tiba di pekan Semenyeh pada jam 12.50 tenghari, di mana orang ramai menunggu sambil membawa kain rentang dan bunga..