Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas naib presiden MIC serta PKR
Diterbitkan:  Jul 25, 2009 6:31 PM
Dikemaskini: Jul 26, 2009 12:50 AM

Bekas naib presiden MIC, SS Subramaniam hari ini menyertai PKR dan merupakan pemimpin MIC paling kanan yang melompat menyertai pembangkang.

ss subramaniam join pkr 250709 subramaniam (right) Di satu majlis di Majlis Bandaraya Petaling Jaya hari ini, Subramaniam, 72, (duduk dua dari kanan), turut mengumumkan 12 cawangan MIC di Petaling Jaya akan dibubarkan dan ahli-ahlinya akan menyertai PKR secara beramai-ramai.

Beliau mendakwa pembubaran cawangan-cawangan tersebut membabitkan kira-kira 2,500 ahli MIC yang melompat menyertai PKR.

"Saya telah menyokong dasar PKR dan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak sekian lama, tetapi baru sekarang saya berani mengatakan bahawa saya menyertai parti tersebut," katanya disambut sorakan gemuruh hadirin.

Subramaniam menjadi naib presiden MIC selama 20 tahun dan juga menjadi naib pengerusi MIC Selangor selama tiga dekad.

Baca berita penuh

ADS