Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Naib Presiden PKR yang juga ahli parlimen Subang, R Sivarasa dijangka dihadapkan ke mahkamah esok berhubung penyertaannya dalam perhimpunan anti-ISA di Kuala Lumpur semalam.

Buat kini ditahan reman selama dua hari.

NONE Peguam Puravalen yang mewakili Sivarasa berkata, pelanggannya itu dijangka didakwa atas dakwaan menghasut rakyat dalam ucapannya dekat bangunan Sirm Darby di Jalan Raja Laut ketika perhimpunan tersebut.

"Tetapi beliau tidak pun berada dekat bangunan tersebut," kata Puravalen ketika ditemui di balai polis Bukit Jalil.

Puravelan berkata, beliau akan memfailkan semakan penghakiman terhadap perintah reman itu kerana menurutnya tiada sebab untuk menahan pelanggannya.

Sehingga masa ini, 24 orang telah dibebaskan manakala 34 lagi masih ditahan. Upacara nyalaan lilin akan diadakan malam ini bagi membantah penahanan berterusan mereka.

Baca berita penuh

ADS