Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mereka yang cemar reputasi UM dinasihat berundur
Diterbitkan:  Aug 12, 2009 9:29 AM
Dikemaskini: 3:16 AM

Pro-Canselor Universiti Malaya, Raja Nazrin Shah menegaskan bahawa mereka yang terlibat dalam kegiatan-kegiatan yang boleh mencemarkan integriti dan reputasi universiti tersebut, perlu dinasihatkan berundur dari memegang amanah itu.

judges conference 090408 raja nazrin Sementara pihak berkuasa universiti hendaklah melaksanakan setegas-tegasnya tindakan termasuk tindakan perundangan dengan segera, titah Raja Muda Perak itu.

Bertitah di istiadat konvokesyen Universiti Malaya 2009 semalam. baginda mengingatkan bahawa UM adalah sebuah gedung ilmu dan bukan sekadar mencetak ijazah, lapor Bernama.

Baginda bertitah sebarang amalan akademik yang menyimpang dan boleh menjejaskan nama baik universiti yang berusia lebih 100 tahun itu harus ditangani secara tegas dan pantas.

"Pihak yang melakukan kesalahan tidak harus dilindungi. Tidak harus ada sebarang kompromi dalam mempertahankan integriti, reputasi dan nama baik universiti. Jika tolak ansur dibenarkan maka universiti secara langsung telah membenarkan mutu keilmuan dikorbankan," titah baginda.

Baginda bertitah jika ia tetap berlaku, reputasi graduan yang bakal keluar dari UM akan terjejas dan memberi malu kepada puluhan ribu graduan yang sedia ada.

"Universiti Malaya pula terpaksa membayar harga yang mahal, kerana kedudukan universiti dalam liga akademik tentunya akan jatuh merudum.

Seramai 6,863 graduan menerima ijazah masing-masing dari UM sepanjang istiadat konvokesyen kali ini yang bermula pagi semalam dan berakhir Sabtu ini.

ADS