14 anggota KMM ditahan bawah ISA, 100 lagi sedang diburu
Polis menahan 14 lagi anggota Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM), termasuk isteri Yazid Sufaat, di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Polis menahan 14 lagi anggota Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM), termasuk isteri Yazid Sufaat, di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai, kesemua 14 ditahan berkaitan dengan kegiatan KMM.dalam operasi yang dilancarkan semalam dan hari ini.
Katanya, polis masih memburu 100 orang lagi, termasuk beberapa penggerak utama kumpulan itu.
Selain isteri Yazid, Sejahtul Dursina @ Chomel Mohamad, yang lainnya dikenali sebagai:
Kesemuanya ditahan di Selangor dan Kuala Lumpur, kecuali Azmi dan Jaffar yang ditahan di Johor.
Dengan tangkapan terbaru itu, polis sehingga ini telah menahan 62 orang yang dipercayai ada kaitan dengan KMM sejak tahun lalu.
Polis mendakwa anggota KMM yang menjalani latihan di Afghanistan, merancang untuk menggulingkan kerajaan secara kekerasan.
Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan tangkapan terbaru itu sebagai langkah membendung berlakunya sebarang bentuk keganasan.
Bantuan Suhakam
Sementara itu, menurut anggota keluarga Sejahratul, 37, beliau ditahan di rumahnya di Ampang, Kuala Lumpur kira-kira jam 10.55 malam tadi.
Adik perempuannya, Suri Hanim Mohamad berkata, polis juga merampas komputer, fail, buku dan senarai pelanggan syarikat IT milik Sejahratul.
Saya telah menerima panggilan telefon dari Sejahratul malam tadi. Katanya, polis menahannya di bawah ISA dan memberitahu yang beliau telah meninggalkan beberapa keping cek untuk menampung keperluan empat orang anaknya.
Beliau juga berkata polis mahu menahannya untuk mendapatkan maklumat, kata Suri kepada malaysiakini ketika ditemui di ibu pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) di Kuala Lumpur.
Sebelum itu, anggota keluarganya telah mengemukakan memorandum kepada Suhakam meminta suruhanjaya itu memastikan yang Sejahratul diberi layanan sewajarnya sewaktu berada dalam tahanan.
Suri juga melahirkan rasa bimbangnya kerana Sejahratul tidak sihat dan kemungkinan dia diberi layanan buruk.
Orang lelaki yang ditahan di bawah ISA boleh menjaga diri mereka sendiri, tetapi bagaimana dengan tahanan wanita. Sejahratul juga keletihan kerana terpaksa bekerja dan menjaga anak-anaknya.
Sebelum ini pun, dia telah banyak mengeluarkan tenaganya berulangalik menziarah suaminya di kem tahanan, kata Suri. Suami Suri, Ahmad Yani Ismail, turut ditahan di bawah ISA bersama Yazid Januari lalu.
Yani dan Yazid adalah antara 23 orang yang ditahan awal tahun ini kerana dipercayai terbabit dengan pertubuhan Jemaah Islamiah, yang dikatakan cawangan rahsia KMM, yang merancang menggulingkan kerajaan di rantau Asia Tenggara untuk digantikan dengan kerajaan Islam.
Pertubuhan ini juga dikaitkan dengan pergerakan al-Qaedah pimpinan Osama bin Laden yang dituduh bertanggungjawab terhadap serangan 11 September ke atas Ameria.
Sementara itu, pesuruhjaya Suhakam, Zainah Anwar berkata beliau akan mengkaji perkara dan membincangkannya dengan pesuruhjaya yang lain terlebih dahulu.
Bagaimanapun, Suhakam tetap dengan pendiriannya bahawa tahanan tanpa bicara adalah melanggar hak asasi manusia, katanya.

