Kempen MCA lucut jawatan Tee Keat

   

Kempen peringkat nasional sedang dijalankan untuk mendapatkan persetujuan perwakilan untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) dalam tempoh dua minggu lagi, untuk melucutkan jawatan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Agenda utama kempen yang diketuai pemimpin MCA Puchong, Theng Bok itu ialah untuk mengadakan EGM tersebut untuk membatalkan pemecatan Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Dr Chua Soi Lek dan membentangkan undi tidak percaya terhadap Ong.

mca toll hike protest 291206 theng bok Dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Theng berkata, pihaknya akan menjelajah ke seluruh negara untuk mendapatkan persetujuan satu pertiga perwakilan MCA bagi membolehkan EGM itu diadakan.

"Kami perlukan kira-kira 800 tandatangan (perwakilan) untuk mengadakan EGM... mengikut perlembagaan parti, ia tidak perlu disahkan oleh setiausaha agung parti," kata Theng.

Sebelum itu, Theng dan kira-kira 20 penyokong menunjukkan tanda 'V' dengan jari mereka sebagai simbol tarikh dua minggu lagi untuk mengadakan EGM tersebut.

Beliau berkata, keputusan majlis presiden memecat Chua malam tadi jelas tidak menghormati kehendak perwakilan parti yang telah memilih Chua sebagai timbalan presiden secara demokrasi.

Beliau juga menolak dakwaan lembaga disiplin bahawa Chua telah mencemarkan reputasi parti itu, tetapi sebaliknya mendakwa tindakan terbaru Ong yang memburuk imej parti, iaitu:

- Bahawa RM100 juta dikumpulkan oleh musuh Ong untuk menjatuhkannya.

- Dakwaan Ong bahawa kongsi gelap telah menyerap ke dalam MCA Johor (kubu kuat Chua).

- Berlagak seperti seorang 'hero' dalam kontroversi Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Baca berita penuh

Malaysiakini
terkini untuk anda