Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak akan campur tangan dalam masalah dalaman MCA kecuali diminta menjadi orang tengah.

Beliau diminta mengulas tentang keputusan Majlis Presiden MCA memecat Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek malam tadi.

Menurutnya, MCA perlu menyelesaikan sendiri krisis dalam parti itu dan beliau hanya memberitahu Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat bahawa masalah itu tidak sepatutnya menjejaskan BN.

Sebagai pengerusi BN, kata Najib, beliau perlu memastikan bahawa apa juga tindakan, yang diambil oleh parti-parti komponen, tidak boleh menjejaskan kepentingan BN.

Tambahnya, terpulang kepada Ong untuk membuat keputusannya tetapi harus diambil kira kesannya terhadap BN.

Menurut Najib lagi, beliau diberi taklimat oleh Ong dan dua naib presiden MCA mengenai pemecatan Dr Chua.

Beliau juga berkata, kedudukan Dr Chua sebagai penyelaras BN akan diputuskan kemudian.

[Baca berita penuh]

ADS