Malaysiakini
BERITA Malaysiakini

'Spiderman' didenda RM2,000, bersalah ceroboh menara KLCC

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Alain "Spiderman" Robert mengaku bersalah di mahkamah majistret hari ini atas kesalahan menceroboh menara berkembar Petronas pagi semalam.

NONE Pemanjat bangunan berasal dari Perancis yang tersohor di dunia - sehingga digelar "Spiderman" diwakili oleh tiga peguam yang diketuai oleh Wong Kian Kheong, peguam yang membela Abdul Razak Baginda.

Robert dituduh bawah Seksten 447 Kanun Keseksaan atau kesalahan pencerobohan jenayah di depan majistret Siti Shakirah Mohtaruddin.

Beliau dikenakan hukuman RM2,000.

Semalam, lelaki 46 tahun itu mula memanjat menara setinggi 88 tingkat itu pada Subuh dan sampai ke kemuncaknya dua jam kemudian, sebelum disedari oleh pegawal keselamatan di situ.

Percubaan pertama Robert untuk memanjat menara itu pada 20 Mac 1997, dan percubaan kedua pada 2007, gagal.

Robert bagaimanapun dibebaskan tanpa didakwa.

Beliau pernah memanjat Eiffel Tower di Paris dan Golden Gate Bridge di San Francisco.