Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno rancang RMK10 di Kelantan
Diterbitkan:  Sep 14, 2009 1:09 PM
Dikemaskini: 5:19 AM

Umno Kelantan sedang membantu kerajaan pusat dalam merancang lebih awal projek dalam Rancangan Malaysia ke-10 bagi

memastikan negeri itu tidak ketinggalan menikmati kemajuan.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata walaupun Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) akan tamat tempohnya pada 2010, persiapan membangunkan Kelantan telahpun dibuat bagi menggerakkan pembangunan di negeri itu.

Bercakap kepada pemberita di sini malam tadi, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata pemimpin Umno memikirkan bahawa tumpuan harus diberikan kepada Kelantan walaupun ia ditadbir oleh PAS bagi memastikan ia tidak ketinggalan berbanding negeri lain.

"Jika tidak ada program kerajaan pusat, pergerakan ekonomi di Kelantan akan lumpuh," katanya.

Mustapa berkata bahawa selaku pengerusi Jawatankuasa Majlis Ekonomi Negeri Kelantan, beliau yakin pertumbuhan ekonomi di Kelantan masih utuh walaupun negara dan dunia mengalami kegawatan. BERNAMA


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS