Malaysiakini
Malaysiakini BERITA

Manoharan dilarang ke luar negeri

Rahmah Ghazali

Diterbitkan  |  Dikemaskini

Terkejut dengan perintah melarangnya ke luar negeri, ADUN Kota Shah Alam, M Manoharan berkata, beliau tidak akan mematuhi perintah tersebut.

Beliau mendakwa, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar tidak menyatakan sebab mengenai larangan terbaru itu.

Bagaimanapun, Khalid menyatakan dalam suratnya bahawa beliau "menggunakan kuasanya di bawah Seksyen 10" Akta Keselamatan yang termasuk perintah kediaman terhad ke atas Manohara.

Manoharan, bekas pemimpin Hindraf, dibebaskan dari tahanan ISA pada 9 Mei lalu, yang antara lain menghadkan pergerakannya di daerah Klang sahaja.

Di bawah perintah tersebut, Manohara tidak dibenarkan ke tempat lain tanpa kebenaran bertulis ketua polis negeri.

Menurut Manoharan, beliau telah menghantar surat pada 17 September lalu kepada pihak polis untuk mendapatkan kebenaran ke luar negeri.

"Tetapi saya mendapat jawapan melalui faks dari Khalid pada 25 September, menyatakan bahawa permohonan saya telah ditolak, tanpa memberi sebarang sebab," kata Manoharan dalam sidang akhbar di Shah Alam hari ini.

[Baca berita penuh]