Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Wanita Umno mahu perwakilan ke perhimpunan agung parti itu yang berlangsung esok supaya menyokong cadangan pindaan perlembagaan parti itu untuk memastikan pembabitan wanita lebih besar.

Dalam ucapan dasarnya, ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata usaha itu, jika diterima, membolehkan sekurang-kurangnya 22,500 perwakilan Wanita dari pelbagai peringkat kepimpinan diberikan hak untuk memilih pucuk pimpinan parti.

Tambahnya, pindaan itu juga bakal membolehkan Wanita menerima satu lagi kerusi Majlis Tertinggi (MT).

"Jika dahulu presiden boleh melantik ahli MT seramai 12 orang tetapi kini ia bertambah kepada 13 orang iaitu khusus kepada Wanita," katanya dalam ucapan kira-kira sejam di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Dengan pindaan itu, katanya, perwakilan di peringkat bahagian bertambah kepada lapan orang (kini tujuh), manakala di peringkat cawangan pula kepada enam orang (kini lima).

"Dengan syarat, ia diberikan kepada Wanita," katanya lagi.

ADS