Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ku Li diminta fikir dulu sebelum sertai kaukus
Diterbitkan:  Nov 25, 2009 3:21 PM
Dikemaskini: 7:48 AM

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meminta anggota parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah meneliti semasak-masaknya

sebelum bersetuju mengetuai kaukus petroleum yang ingin dibentuk oleh Pakatan Rakyat bagi menuntut bayaran royalti hasil minyak di Kelantan.

Timbalan perdana menteri berkata bahawa pada dasarnya BN tidak terlibat dengan perkara-perkara sedemikian kerana terikat dengan prinsip parti.

"Eloklah Tengku Razaleigh teliti semasak-masaknya walaupun ia melibatkan negeri Kelantan tetapi ini ditaja oleh pihak parti pembangkang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri yang nak mengusahakannya.

"Jadi, kalau atas dasar yang biasa, biasanya kita tidak fikir sesuai tetapi saya percaya Tengku Razaleigh faham tentang itu dan kita serah kepada kebijaksanaan beliau untuk teliti sebelum buat keputusan muktamad.

"Saya fikir beliau orang lama dalam parti, dia tahulah keputusan apa yang dia nak buat," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini ketika diminta mengulas kenyataan Tengku Razaleigh semalam yang menafikan dakwaan Anwar bahawa beliau telah bersetuju mengetuai kaukus petroleum itu tetapi masih menimbangkannya. BERNAMA

ADS