Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sulaiman letak jawatan tiada kaitan dengan politik
Diterbitkan:  Dec 9, 2009 8:46 AM
Dikemaskini: 9:46 AM

Keputusan Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib untuk meletak jawatan tiada kaitan dengan politik, bertentangan dengan spekulasi sebelum ini, kata bapanya Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang juga Ketua Menteri Sarawak.

Beliau berkata hasrat Sulaiman untuk meninggalkan pentadbiran Persekutuan adalah lebih berbentuk peribadi kerana anaknya itu masih terjejas dengan kematian ibunya, Puan Sri Laila Taib, yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada 29 April lepas.

"Dia mengalami masalah kesihatan sejak enam bulan lepas. Maka saya katakan kepadanya, hanya kamu sendiri yang boleh menghakimi keadaan itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Gabungan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) Sarawak di Kuching.

sulaiman taib Seperti anggota keluarganya yang lain, Taib berkata Sulaiman, yang menggantikan tempatnya sebagai Anggota Parlimen Kota Samarahan selepas memenangi kerusi pilihan raya umum 2008, "tidak gembira dan berasa sedih dengan kehilangan

ibunya".

Taib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada beliau telah berbincang mengenai perkara itu dengan Perdana

Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Sulaiman.

Sulaiman, Naib Presiden Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), dilantik menganggotai barisan pentadbiran oleh perdana menteri sebelum ini Tun Abdullah Ahmad Badawi, dan dikekalkan oleh Najib dalam barisan Kabinet yang diumumkannya April lepas.

Di tengah-tengah kehangatan spekulasi akan peletakan jawatan Sulaiman, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen yang dipetik sebagai berkata menafikan bahawa beliau tidak sehaluan dengan timbalannya dan menyatakan bahawa hubungan mereka baik dalam tempoh tujuh bulan mereka bersama di kementerian itu. Bernama

ADS