Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Semua 6 mayat mangsa perahu terbalik ditemui
Diterbitkan:  Jan 18, 2010 8:53 AM
Dikemaskini: 9:19 AM

kemaskini 5:01pm Pasukan penyelamat menemui dua lagi mayat mangsa perahu naga terbalik - menjadikan enam orang disahkan terkorban dalam kejadian pagi semalam itu.

Dua mayat terakhir yang ditemui ialah Yong Xiang, 16, dan Cheah Zi Jun, 17 tahun.

penang dragon boat accident 170109 student body Sebelum ini, mayat Brandon Yeoh, 17, ditemui dekat Tanjung Marina, Pulau Pinang satu kilometer dari tempat kejadian, pada 12 tengahari tadi.

Manakala mayat pendayung perahu naga SMK Chung Ling Air Itam itu, Goh Yi Zhang, 15, ditemui di kawasan yang sama pagi tadi.

Semalam dua mayat ditemui iaitu guru mereka Chin Ai Fang, berusia 20-an ditemui kira-kira sejam setengah selepas kejadian dan mayat seorang pelajar yang dikenali sebagai Jason Ch'ng, 17, ditemui petang semalam.

    

Mereka adalah antara 18 pelajar dari SMK Chung Ling Air Itam yang menjalani latihan mendayung perahu naga bagi persiapan menyertai Kejohanan Perahu Naga Antarabangsa pertengahan tahun ini.

    

Perahu naga yang mereka naiki terbalik akibat dipukul ombak pagi semalam.

   

Kejadian itu berlaku di kawasan kira-kira 100 meter dari pantai Lebuh Macallum, dan kawasan itu sememangnya menjadi tempat pasukan pendayung sekolah berkenaan menjalani latihan mingguan.

    

Pasukan pendayung perahu naga lelaki sekolah itu terdiri daripada 18 orang iaitu seorang guru, dua jurulatih dan 15 pelajar.

    

Mereka memulakan latihan pada pukul 8 pagi dan perahu naga mereka dikatakan terbalik akibat dipukul ombak sebelum berlanggar dengan sebuah tongkang pada pukul 8.45 pagi semalam.

    

Sebanyak 12 pelajar lagi terselamat setelah sempat berenang dan dibantu oleh beberapa bot di kawasan berhampiran.

- Bernama

ADS