Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bubar DUN, PAS Perak gesa rakyat bersiap sedia
Diterbitkan:  Jan 25, 2010 5:24 PM
Dikemaskini: 9:34 AM

PAS Perak hari ini menggesa seluruh rakyat negeri itu bersiap siaga menghadapi kemungkinan berlakunya pilihanraya semula berikutan  desas-desus yang bertiup kencang akan berlakunya pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

NONE Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain, ketika mengulas isu

itu turut menggesa seluruh rakyat khususnya mahasiswa dan anak muda yang masih belum mendaftar untuk segera berbuat demikian bagi memastikan mereka tidak terkecuali dalam membuang undi sekiranya pilihanraya berkenaan benar-benar berlaku.

"Saya dengan ini merayu dan menggesa seluruh mahasiswa, belia dan

mana-mana golongan rakyat di negeri ini (Perak) yang belum mendaftar sebagai pemilih untuk berbuat demikian secepat mungkin.

Ini kerana jika DUN dibubarkan, kita tidak mahu mereka yang layak mengundi tidak dapat berbuat demikian disebabkan kelewatan

mereka untuk mendaftar" jelas beliau.

"Oleh itu sebagai anak muda, kita perlu sedar akan peranan dan suara kita yang sangat berkuasa dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah kerajaan" tambahnya lagi.

NONE Dalam pada itu, beliau juga berharap agar konflik yang berlaku di

Perak selama ini akan terlerai dengan pembubaran DUN demi menjamin kestabilan politik dan pembangunan di Perak.

"Apa yang lebih penting bagi kita adalah apabila mandat diserahkan

semula kepada rakyat melalui pilihanraya, kestabilan politik di Perak akan dapat dikembalikan demi menjana pembangunan dan ekonomi

yang mapan" jelas beliau.

ADS