Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Aduan polis dakwa k'tangan k'jaan cela peserta protes

Dua parti politik telah membuat laporan polis terhadap seorang kakitangan pejabat daerah Cameron Highlands yang didakwa mengeluarkan kata-kata celaan terhadap kumpulan yang mengadakan protes kerana tidak puas hati dengan prestasdi pegawai daerah.

NONE Jurucakap PSM Cameron Highlands, Suresh Kumar memberitahu Malaysiakini bahawa laporan pertama dibuat oleh timbalan pengerusi DAP Pahang, J Appalasamy @ simmathiri di  balai polis Kampung raja pada pagi Selasa, sejurus selepas kejadian tersebut.

Laporan kedua dibuat oleh enam ahli PSM cawangan Cameran Highlands yang diketuai oleh Suresh di balai polis Tanah Rata pada jam 11 pagi semalam.

NONE Menurut Suresh ( kanan ), dalam laporan tersebut, PSM mengadu seorang kakitangan pejabat daerah berkenaan, telah mengatakan 'balik India' terhadap mereka yang menyertai protes itu, ketika mereka cuba menyerahkan memorandum kepada penolong pegawai daerah, Shaffirul Amree Awang Kechik.

Memorandum tersebut menyenaraikan masalah yang dihadapi oleh pekerja berpendapatan rendah yang berdepan dengan kesukaran untuk mendapatkan Lesen Pendudukan Sementara (TOL), lesen menjaja dan rumah kos rendah.

Menurut Suresh, ketua polis daerah Cameron Highland, Wan Mohd Zahari Wan Buru, yang menyaksikan insiden tersebut, turut dinamakan dalam laporan polis mereka.

[Baca berita penuh]

ADS