Rakyat Malaysia disenarai Wira Bantuan Forbes
Jutawan Ananda Krishnan (
kiri
) dan pengarah serantau China Overseas Petroleum Corp, Ruby Khong, adalah dua nama baru daripada kalangan empat rakyat Malaysia dalam senarai 48 “Wira Bantuan” majalah Forbes Asia.
Dua lagi rakyat negara ini dalam senarai itu ialah ketua pegawai eksekutif syarikat pemaju perumahan SP Setia, Tan Sri Liew Kee Sin, dan pengarah urusan YTL Group Tan Sri Francis Yeoh (
kanan
).
Editor Bersekutu Forbes Asia, John Koppisch, berkata mereka yang tersenarai itu terdiri daripada penyumbang bantuan kepada mangsa bencana dan untuk tujuan membangunkan pendidikan, kesihatan, budaya dan sains masyarakat di rantau Asia Pasifik.
Menurut majalah itu, Ananda, banyak membantu mengembangkan bakat dalam program pendidikan menerusi syarikat milik persendirianya, Usaha Tegas.
Mengenai Khong, Forbes berkata beliau menderma US$400,000 kepada Kechara Soup Kitchen, yang menyediakan 830 paket makanan sayur-sayuran kepada golongan miskin di bandar selain membantu menyediakan pekerjaan dan perkhidmatan lain.
- Bernama

