BERITA

Ceramah: Polis rakam kenyataan Anwar

Diterbitkan
Dikemaskini 10 Mac 2010, 4:52 pagi

Polis akan merakam kenyataan Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi esok berhubung ceramah beliau ke seluruh negara.

Kenyataan Anwar akan dirakam pada jam 11 pagi di ibupejabat PKR di Merchant Square, Tropicana.

selangor pakatan convension 070310 anwar Menurut seorang pegawai pejabat PKR, mereka menerima surat untuk tujuan tersebut dari ibupejabat polis Seberang Perai Tengah.

Surat tersebut, katanya, yang bertarikh 4 Mac, meminta bantuan Anwar dalam siasatan tersebut.

Ia berkaitan dengan empat laporan polis berhubung ceramah beliau di Pulau Pinang bagi menjelaskan mengenai kes liwat terhadap beliau.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Ketua pembangkang dan ahli parlimen Permatang Pauh itu, dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.