Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan 13 April ini untuk sebutan semula kes membakar gereja di Wangsa Maju pada awal Januari lalu, membabitkan dua adik-beradik dan seorang rakan mereka.

metro tabernacle church arson mention 120310 Hakim SM Komathy Supiah menetapkan tarikh itu sementara menunggu laporan perubatan daripada doktor yang merawat tertuduh.

Pada 29 Januari lalu, ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah di  atas tuduhan membakar Gereja Metro Tabernacle di Taman Desa Melawati pada 8 Januari.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 436 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat menggunakan bahan letupan dengan niat menyebabkan kerosakan.

Ketiga-tiga mereka - Raja Muhammad Faizal Raja Ibrahim, 24, Raja Muhammad Idzham Raja Ibrahim, 22, dan rakan mereka Azuwan Shah, 23 dibenarkan diikat jamin dengan RM20,000.

Mengikut Seksyen 436, jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun.

Metro Tabernacle church after the firebombing Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt manakala Raja Mohamad Faizal dan Raja Mohamad Idzham diwakili peguam Zambri Ibrahim.

Peguam Rosal Azimin Ahmad pula mewakili Azuwan Shah.

Serangan bom api pada 8 Jan lalu mengakibatkan bahagian bawah gereja tiga tingkat di Desa Melawati, Kuala Lumpur itu musnah.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS