BERITA

Hindraf kempen untuk Anwar di London

Joe Fernandez

Diterbitkan
Dikemaskini 19 Mac 2010, 5:04 pagi

Pertubuhan haram, Hindraf Makkal Sakthi memulakan kempen antarabangsa untuk ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan ‘pembentangan hari awal’ atau Early Day Motion (EDM) di parlimen di Britain.

Pembentangan awal itu didedahkan oleh Suresh Grover yang mengetuai kumpulan pemantau - The Monitoring Group , sebuah pertubuhan hak asasi manusia di Britain dan Ireland Utara.

NONE Menurut Grover, penyokong Anwar meminta pengerusi Hindraf P Waythamoorthy ( kanan ) untuk membantu ketua umum PKR itu dan mereka mencadangkan supaya membentangkan EDM melaui seorang ahli parlimen.

Menurut Waythamoorty, ahli parlimen bagi Islington, North London, Jeremy Corbyn, bersetuju membawakan usul itu.

"Kami 100 peratus menyokong Anwar. Dia adalah lelaki baik yang dilayan dengan buruk oleh Kerajaan Malaysia,” kata Corbyn dalam wawancara telefon dengan Malaysiakini .

"Dakwaan yang dilemparkan ke atas beliau tidak betul. EDM adalah luahan parlimen berhubung perkara itu.”

anwar ibrahim pkr national congress 291108 03 MP dari parti buruh itu membuat penilaian terhadap Anwar berdasarkan perjuangan bertahun-tahun bekas timbalan perdana menteri itu untuk merapatkan kefahaman antara dunia Barat dan Islam.

Katanya, beliau dan kebanyakan ahli parlimen Britain yang lain telah lama mengenali Anwar dan berpendapat dia adalah pemimpin yang baik.

Mereka yang ingin memberikan pendapat mereka mengenai EDM berkenaan dijemputkan menghubungi Corbyn di [email protected]

[Baca berita penuh]

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.