Perhimpunan agung tahunan PPP - 19 Jun
Diterbitkan: Mar 22, 2010 12:23 PM | Dikemas kini: Mar 22, 2010 12:28 PM
Parti Progresif Penduduk (PPP) akan mengadakan perhimpunan agung tahunannya yang ke-57 pada 19 Jun.
Presiden PPP Datuk M Kayveas berkata semua cawangan sedang mengadakan mesyuarat agung tahunan dan dijangka selesai menjelang 31 Mac ini.
Mesyuarat oleh 150 bahagian akan selesai pada akhir April diikuti persidangan negeri akhir Mei.
Kayveas berkata PPP dalam proses mengendalikan seminar mengenai e-pentadbiran di seluruh negara kerana parti itu mensasarkan untuk melaksanakan pendaftaran anggota secara online dan tidak menggunakan kertas mulai Jun ini.
- Bernama

