Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tujuh syarikat diberi lesen siaran TV berbayar
Diterbitkan:  Mar 24, 2010 3:08 PM
Dikemaskini: 7:16 AM

Tujuh syarikat telah diberi lesen individu perkhidmatan aplikasi kandungan untuk tujuan menyediakan siaran sistem televisyen berbayar, selain Astro, sehingga Mac lalu, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

NONE Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang ( kiri ) berkata, namun begitu, sehingga kini belum banyak syarikat yang dapat menyediakan perkhidmatan tersebut menyebabkan rakyat Malaysia masih bergantung kepada perkhidmatan yang disediakan Astro.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) sama ada kerajaan akan membuka peluang agar lebih banyak pengendali siaran televisyen berbayar beroperasi di negara ini.

Mengenai siaran Astro yang tiada penapisan, Joseph berkata, oleh kerana siaran Astro dipancarkan melalui satelit, agak rumit untuk siaran tersebut ditapis sebagaimana siaran televisyen yang lain.

Beliau bagaimanapun berkata, Astro mempunyai penapisan secara sendiri.

- Bernama

ADS