Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Malaysiakini dianugerah jenama utama media
Diterbitkan:  Mar 25, 2010 12:54 AM
Dikemaskini: Mar 25, 2010 2:27 AM

Malaysiakini - portal berita nombor satu negara - diiktiraf sebagai salah satu jenama pilihan utama rakyat Malaysia di majlis sulung Anugerah Jenama Putra di ibunegara, malam tadi.

NONE Malaysiakini terpilih sebagai penerima salah satu daripada enam anugerah jenama media utama Malaysia bersama dengan stesen TV Astro, TV3, 8TV, akhbar The Star dan enjin carian global Google.

Menurut hos anugerah tersebut - Persatuan Agensi Pengiklan Bertauliah Malaysia (4As), Anugerah Jenama Putra adalah unik kerana para pengguna Malaysia sendiri yang membuat pilihan.

Satu sistem penyelidikan pilihan pengguna, membabitkan 6,000 orang, membantu memilih jenama paling digemari di Malaysia dalam 18 kategori, dengan tiga jenama utama bagi setiap kategori, menerima anugerah emas, perak dan gangsa.

Ini merupakan sampel penyelidikan pengguna terbesar yang pernah dijalankan di seluruh negara, meliputi Malaysia Timur dan Malaysia Barat.

NONE Malaysiakini memenangi piala gangsa dalam kategori 'media dan hiburan'. Pemenang lain bagi kategori yang sama ialah TV3 (gangsa), The Star dan 8TV (perak), Astro dan Google (emas).

Presiden 4As, Vincent Lee berkata pemilihan tersebut dianjurkan dengan kerjasama Anugerah Jenama Paling Bernilai Malaysia (MMVB).

MMVB memilih jenama terbaik berdasarkan penilaian kewangan, manakala Anugerah Jenama Putra pula memilih jenama terbaik berdasarkan pilihan pengguna.

"Anugerah Jenama Putra adalah satu kajiselidik yang dijalankan untuk mengukur tahap keyakinan pengguna. Kita mempunyai 6,000 respon online, berdasarkan ciri-ciri utama yang menjadi pilihan pengguna. Ia adalah suara pasaran," kata Lee.

Ketua Pengarang Ku NONE mpulan Malaysiakini , Steven Gan menerima anugerah tersebut daripada Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir di di majlis yang dihadiri kira-kira 1,000 orang di Hotel Mandarin-Oriental di ibunegara malam tadi.

Sokongan pembaca setia

" Malaysiakini menyambut ulangtahun ke-10 baru-baru ini. Anugerah ini merupakan hadiah harijadi yang amat bermakna bagi kami," kata Gan.

"Malah, kami tidak pernah menyangka, pada suatu hari, Malaysiakini akan muncul sebagai salah satu jenama paling popular di negara ini".

Gan berkata, anugerah it u adalah hasil kegigihan dan dedikasi kakitangan Malaysiakini serta sokongan ribuan pelanggan dan pembaca setia portal berita tersebut.

Malaysiakini yang dilancarkan pada 1999 dan kini diterbitkan dalam empat bahasa, telah menarik lebih 37 juta tatapan setahun.

Portal berita nombor satu negara ini juga sebelum ini menerima anugerah daripada majalah Asiaweek dan Business Week serta Institut Akhbar Antaraba ngsa - sebuah badan pemantau kebebasan akhbar -  yang beribupejabat di Vienna.

 

 
ADS