Perbadanan Pembangunan Hal Ehwal Orang Asli akan ditubuhkan bagi merangka dan melaksana program pembangunan untuk asyarakat Orang Asli di negara ini.

Mengumumkan demikian, Pengerusi Risda, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, perbadanan yang melibatkan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) itu akan bertanggungjawab sepenuhnya memajukan Orang Asli di negara ini khususnya dalam bidang ekonomi, pertanian dan keusahawanan.

"Penubuhan perbadanan ini akan mengurangkan sedikit bebanan Risda dalam menguruskan bidang pertanian dan tanaman berkelompok Orang Asli sekarang ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan dividen Tanaman Semula Kelompok (TSK) dan Penyerahan Bantuan Projek Pengeluaran Getah (PPG) hari ini.

Dalam perkembangan lain, Rahim berkata, kira-kira 70 peratus rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Risda di seluruh negara telah siap dibina.

Seunit rumah berharga RM33,000.

- Bernama