Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Fitnah PM: Ezam tawar bantu polis
Diterbitkan:  Mar 27, 2010 12:58 PM
Dikemaskini: 8:09 AM

Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Noor, menawarkan diri untuk membantu polis menyiasat pendedahan Ahi Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin, berhubung tawaran ganjaran lumayan pihak tertentu bagi memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

bukit selambau by election 060409 ezam Mohamad Ezam berkata, beliau sedia dipanggil pihak polis pada bila-bila masa bagi tujuan itu.

"Pendedahan ini suatu dakwaan serius tapi tidak memeranjatkan kerana semasa saya masih bersama PKR isu untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu telah pun berlaku," katanya kepada pemberita, di Kulim, semalam.

Bedallah dulu

Mohamad Ezam berkata, beliau pernah meminta pihak yang berkenaan agar mengemukakan bukti dan fakta berhubung isu itu namun diberikan arahan yang berbunyi: "kamu bedallah dulu".

"Saya masih ingat lagi kata-katanya (pihak berkenaan) itu," katanya.

Rabu lalu, Zulkifli yang sebelum ini dipecat daripada PKR mendedahkan pada persidangan Dewan Rakyat bahawa beliau pernah ditawarkan dengan ganjaran yang boleh "menggoncangkan iman" untuk mengaitkan Najib dan Rosmah dengan kes pembunuhan Altantuya.

Rentetan pendedahan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, dilapor berkata pihaknya akan menyiasat perkara tersebut dan akan memanggil Zulkifli bagi menentukan kesahihannya.

Sementara itu, mengulas perkara berlainan Mohamad Ezam menggesa pemimpin PKR yang arif dengan tembelang kepimpinan tertinggi parti tersebut agar tampil dan membuat pendedahan berani seperti yang dilakukan Zulkifli.

- Bernama

ADS