Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rais: Lesen tujuh stesen TV berbayar dikaji semula
Diterbitkan:  Mar 29, 2010 4:26 PM
Dikemaskini: 8:32 AM

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berkata, pemberian lesen kepada tujuh stesen TV berbayar akan dikaji semula mulai hari ini dan jika didapati mereka tidak berkemampuan, ia akan ditarik balik.

rais yatim pc 020709 01 Kajian semula itu dijangka siap dalam tempoh dua bulan, katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan lesen “content application service provider”, “network facility service provider” dan “network service provider” kepada stesen TV Astro di Cyberjaya hari ini.

Beliau berkata, mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, jika penerima lesen berkenaan tidak menggunakannya dalam satu tempoh tertentu, kedudukan itu boleh dikaji semula kerana terdapat pihak lain yang berminat.

Pemegang lesen tersebut adalah U Television Sdn. Bhd., Asiaspace Digital Network Sdn. Bhd., Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, Fine TV Network Sdn. Bhd., TM Net Sdn. Bhd., MOL Media Sdn. Bhd. dan De Multimedia Sdn. Bhd.

Ditanya sejak bila lesen telah diberikan kepada tujuh syarikat itu, Rais berkata: “Ia berbeza antara satu dan tiga tahun.”

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS