Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KPN minta Anwar kemuka bukti
Diterbitkan:  Apr 6, 2010 5:52 PM
Dikemaskini: 9:53 AM

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tampil mengemukakan bukti berhubung dakwaannya ada ejen Israel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

NONE "Dedahkanlah bukti tentang perkara terbabit, supaya senang kami buat siasatan sebab kita tidak  boleh melakukan sesuatu penyiasatan tanpa sebarang bukti atau maklumat," katanya ketika dihubungi Bernama, di Kuala Lumpur hari ini.

Musa yang enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut berkata,  polis akan membuka kertas siasatan sebaik sahaja mendapat maklumat lengkap daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

"Adalah penting untuk kita mendapat segala maklumat terlebih dahulu sebelum kertas siasatan dibuka, kalau tidak macam mana kami nak siasat," katanya.

Anwar semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan di Dewan Rakyat, hari ini mendakwa antara lain pembabitan ejen Isreal itu adalah menerusi sebuah syarikat yang diberi subkontrak untuk menaiktaraf sistem komunikasi PDRM.

- Bernama

ADS