Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PERKASA berang penubuhan JK antara agama
Diterbitkan:  Apr 12, 2010 11:57 AM
Dikemaskini: 4:17 AM

Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) mempersoalkan pembentukan Jawatankuasa Kerja Perhubungan Antara Agama dan menentang penubuhan itu.

NONE Presidennya, Datuk Ibrahim Ali ( kiri, tengah )  juga mempertikaikan kebijaksanaan meletakkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon menyelia jawatankuasa itu selaras dengan tugasnya yang bertanggungjawab terhadap Jabatan Pepaduan dan Integrasi Kaum.

Bercakap pada sidang media, malam semalam, Ibrahim berkata adalah tidak wajar meletakkan badan yang membuat keputusan berhubung agama di bawah jabatan yang mengendalikan perhubungan antara kaum.

“Kenapa jawatankuasa yang berkait Islam diletakkan di bawah Koh. Kenapa ia tidak diletakkan di bawah seorang lagi Menteri Di Batahn Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang bertanggungjawab terhadap Islam? Soalnya.

perkasa ibrahim ali pc 110410 01 “Jika ini jawatankuasa mengenai perhubungan kaum, adalah okay diletakkan di bawah Koh. Jika tidak ia harus diselia oleh Jamil Khir.”

Awal bulan ini, Koh membetritahu Dewan Rakyat bahawa jawatankuasa yang ditubuhkan Februari lalu akan diketuai oleh bekas ahli parlimen Kota Bharu, Datuk Ilani Isahak .

Jawatankuasa itu juga akan dianggotai oleh perwakilan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) dan juga Majlis Perundingan Budha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao, Malaysia.

[Baca berita penuh]

ADS