Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dua pemimpin Wanita PKR Perak keluar parti
Diterbitkan:  Apr 20, 2010 6:50 AM
Dikemaskini: 6:56 AM

Lebih ramai pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpaling tadah dan mengumumkan tindakan mereka keluar parti itu dan menyertai UMNO berkuat kuasa serta-merta.

Kali ini giliran pemimpin wanita Perak yang terdiri daripada Ketua Penerangan Wanita, Soraya Sulaiman dan Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai, Roshanita Mohd. Basir.

NONE Soraya, yang juga Ketua Wanita PKR Tanjong Malim dan Roshanita membuat pengumuman itu di Rumah Wanita Umno Perak di Hulu Selangor yang terletak di Kampung Masjid Sungai Selisik

Kedua-dua mereka menjelaskan tindakan itu didorong oleh rasa tidak puas dengan kepincangan pentadbiran parti selain tidak dapat menerima kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menentukan hala tuju parti secara bersendirian.

Turut keluar parti ialah suami Roshanita, Saghazali Abdul Kadir.

Majlis pengumuman itu turut disertai oleh Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Semalam, PKR dikatakan menerima tamparan hebat apabila Bendahari Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat mengumumkan keluar daripada PKR dan menyertai Umno.

hulu selangor 180410 kamalanathan poster Dr Halili Rahmat merupakan seorang pakar bedah saraf dan rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pernah menjadi doktor peribadi ketua umum PKR itu.

Sebelum ini, beliau disebut-sebut antara yang disenaraikan untuk bertanding mewakili PKR dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Bagaimanapun, Anwar kemudiannya mengumumkan pemilihan penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.

Melompat parti adalah sesuatu yang lumrah khususnya ketika pilihan raya kecil tetapi sejauh ia mempengaruhi keputusan tidak diketahui.

  

ADS