LANGSUNG Apa yang berlaku sekitar kempen pilihan raya kecil di Hulu Selangor? Petikan atau kata-kata yang menarik, diari calon dan ceramah politik.

11.00am Sidang media harian PKR

NONE 11:00am Norizan Salleh, mangsa yang mendakwa ditembak oleh polis pada Oktober tahun lalu berada di pusat media PKR dengan diiringi peguamnya N Surendran. Apabila ditanya wartawan, Norizan berkata beliau hadir untuk berkempen.

11.30am Bekas pemimpin PKR, Mohamed Ezam Mohd Nor, yang kini ahli aktif Umno akan juga mengadakan sidang media.

11:30am Program hari terbuka TNB yang dihadiri Menteri, Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin di Kampung Pasir Putih, Kalumpang.

12:00pm Sidang media oleh  Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat,  Datuk Seri  Shahrizat Abdul Jalil  di  Kolej Komuniti Hulu Selangor, Batang Kali.

1:30pm  Timbalan Menteri  di  Jabatan Perdana Menteri , Datuk T Murugiah menghadir program di  SRJK (T),  Kuala Kubu Baru.

2.00pm Calon PKR, Dattuk Zaid Ibrahim akan mengadakan berjumpa dengan wartawan.

2:00pm Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,  Datuk Seri Mustafa Mohamed  turun Padang sekitar kedai-kedai pecan Kuala Kubu Baru.

2:30pm Perasmian Taska Permata Kampung Orang Asli Tun Razak oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Mohd Shafie  Apdal  di Kampung Air Jernih, Kuala Kubu Baru.

2:30pm Datuk  Murugiah menghadiri majlis perasmian portal dan laman web sekolah-sekolah Tamil Dan E-Learning Tamil , peringkat kebangsaan di Dewan Seminar, Bahagian Umno Ulu Selangor

2.30pm Calon BN, P Kamalanathan akan melawat Taman Cempaka dan Rumah Murah Datuk Harun sebelum bertolak ke Ladang Serendah dan pekan Serendah (3.30pm).

3:00pm Menteri Sains Teknologi & Inovasi, Datuk Seri  Maximus Johnity Ongkili di Sekolah Keb. Kerling, Kerling.

3:00pm Majlis dialog brsama usahawan parlimen Hulu Selangor dan lawatan kilang serta majlis pecah tanah oleh Mustafa di Bandar Bukit Beruntung

5.00pm Calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim akan berada di Bandar Bukit Sentosa sebelum melawat Bandar Sungai Buaya.

7.30pm Parti Makkal Sakthi Malaysia (MMSP) yang pro-BN akan menyertai kempen bagi merampas Hulu Selangor.

8.00pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak akan makan malam bersama calon BN, P Kamalanathan, urusetia, jentera dan  pertugas parti.

Najib, yang juga adalah pengerusi perhubungan Umno Selangor juga dijadualkan melawat bilik operasi BN di Batang Kali (9pm), Kuala Kubu Bharu (10pm) and Hulu Bernam (11pm)

8.30pm

Calon bebas yang juga presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali akan menghadiri ceramah.

[Berita penuh menyusul]