Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini tidak mahu diheret dalam kancah serangan peribadi yang membabitkan beberapa pemimpin didakwa minum arak.

NONE Mangsa pertama yang diserang adalah calon PKR bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim. Bekas menteri itu kemudiannya terpaksa akur dan membuat pengakuan dia memang terjebak ketika muda dulu.

Semalam, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mencabar Umno dan menteri-menteri kabinet beragama Islam untuk tampil membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah meminum alkohol, khususnya semasa muda.

Sasaran utama Lim adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

NONE Apabila ditanya oleh wartawan di lobi parlimen, hari ini, mengenai sekeping gambar di Internet, Khairy cuba mengelak menjawab secara langsung.

Gambar berkenaan menunjukkan rakaman seorang lelaki yang tidak dikenali dengan dua wanita dengan beberapa gelas minuman beralkohol di meja mereka.

Berikut wawancara berkenaan.

Wartawan: Adakah Pakatan hiprokit kerana menyerang BN berhubung kontroversi arak itu?

Khairy: Jika saya melayan soalan ini, ia akan berlarutansepanjang kempen Hulu Selangor. Anda juga sepatutnya dipersalahkan kerana bertanyakan mereka soalan berkenaan dan kemudiannya mengajukannya kepada saya.

Cukupla. Saya saya jawap ia akan berlarutan.

Adakah anda menyalahkan media?

Anda cuba memaksa saya berkata-kata demikian. Saya tidak kata saya menyalahkan media. Anda cuba membuat saya berkata-kata demikian.

Jadi, apabila merujuk kepada ‘anda juga’ siapa mereka sebenarnya?

Semua pihak - politik dan juga media. Perkara ini semakin tidak terkawal. Jika anda ingin menghentikannya dan media mengambil berat terhadap isu itu, anda sepatutnya berhenti daripada membuat laporan daripada kedua-dua pihak.

NONE Hentikan kempen propaganda berdasarkan serangan peribadi di kedua-dua pihak dan hentikan heret ahli politik dengan menbdapatkan ulasan mereka. Saya berminat untuk melihat bagaimana anda akan menulis.

( Ketika meninggalkan parlimen, Khairy sekali lagi ‘diserbu’ oleh sekupulan wartawan lain dan ditanya isu yang sama ).

Wartawan:

YB, Saya berharap anda tak keberatan menjawap soalan...

Khairy:

Saya mesti pergi, saya mesti pergi.

Pembangkang menyerang anda dan mendakwa anda juga seorang kaki botol...

Siapa? Saya mesti pergi...Huh? Apa yang perlu diserang?

Boleh komen mengenainya?

Apa yang perlu diserang?

Mereka menggunakan foto yang kontroversial...

Foto kontroversial apa itu?

...menunjukkan seorang lelaki sedang minum...

Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Anda sudah melihat gambar itu?

Ya, saya sudah melihat gambar itu.

Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu?

Saya tidak pasti sama ada orang itu adalah anda...

Saya tidak minum.

Berita asal

ADS