MCA percaya sokongan pengundi Cina di Hulu Selangor terhadap Barisan Nasional (BN) semakin meningkat berdasarkan kepada sambutan yang ditunjukkan mereka ke atas gagasan 1Malaysia dan Program Transformasi Kerajaan, kata Naib Presidennya, Datuk Seri Ng Yen Yen.

hulu selangor by-election 230410 muhyiddin give allocation to khing ming chinese school 06 Sebagai contoh, katanya, sokongan pengundi Cina di Kampung Assam Kumbang, Hulu Selangor hanya dianggar 18 peratus ketika beliau memulakan kempen dua minggu lalu.

"Namun selepas berjumpa dengan mereka beberapa kali, peratusan sudah meningkat kepada 25 peratus.

"Di sini terdapat 1,457 pengundi dan saya berharap kita akan mendapat lima peratus undi daripada kawasan ini apabila tempoh berkempen tamat tengah malam ini,” katanya kepada pemberita selepas mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang melawat kampung itu hari ini.

NONE Turut serta, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan setiausaha agung parti Datuk Seri Kong Cho Ha.

Terdapat sejumlah 16,964 pengundi Cina di kawasan parlimen Hulu Selangor yang merangkumi 26.3 peratus daripada 64,500 pengundi berdaftar.

Calon BN, P Kamalanathan berdepan dengan Datuk Zaid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat pada pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen kawasan itu yang akan berlangsung esok.

- Bernama