Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Panel tiga anggota Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara menolak permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan dakwaan liwat kedua yang dikenakan ke atasnya dalam tempoh sepuluh tahun.

NONE Mereka terdiri daripada Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri James Foong Cheng Yuen, dan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Suriyadi Halim Omar.

Dengan keputusan itu,  Anwar tidak ada lagi peluang bagi merayu dan terpaksa menjalani perbicaraan kerana sebelum ini mahkamah telah dua kali menolak permohonananya.

Tiga panel hakim itu tidak menerima pendapat pihak pembelaan bahawa tuduhan dan pendakwaan terhadap Anwar perlu diketepikan berdasarkan laporan perubatan bahawa tiada sebarang tanda penetrasi atau tembusan ke dubur atau rektum Mohd Saiful.

Dalam keputusan sebulat suara, Arifin berkata laporan perubatan oleh tiga doktor mesti dibaca secara keseluruhan.

"Dengan berbuat demikian, ia tidak menyokong dakwaan perayu agar tuduhan itu dibatalkan pada peringkat ini," katanya.

Pada 1 Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Anwar untuk mengetepikan dakwaan berkenaan.

Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Md Diah memutuskan bahawa perkara itu perlu melalui perbicaraan bagi menentukan sama ada tembusan berlaku.

Mahkamah Rayuan pula pada 17 Februari lalu juga menolak permohonan Anwar bagi mengetepikan dakwaan berkenaan.

Ia memut pertuduhan terhadap anwar ibrahim 070808 uskan perbicaraan perlu diteruskan di sebalik bukti daripada tiga doktor bahawa tiada tanda-tanda berlaku kemasukan di dubur Saiful.

Laporan klinikal bersama itu dibuat oleh Dr Khairul Nizam Hassan, Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siew Sheue Seng - yang memeriksa Saiful pada 28 Jun, 2008, dua hari selepas dia mendakwa diliwat. Pemeriksaan mereka juga mendapati tiada kesan kecederaan mempertahankan diri di tubuh Saiful.

Anwar diwakili oleh peguam Karpal Singh, manakala Peguamcara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden mengetuai pihak pendakwa.

Dengan keputusan  Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar, perbicaraan akan diteruskan pada Isnin ini dengan soal balas ke atas pengadu kes berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar, 62, didakwa melakukan kesalahan itu di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 26 Jun, 2008.

[Baca berita penuh]

ADS