Panel khas memantau siasatan kematian seorang remaja Aminulrasyid Amzah, 15, ditembak polis bulan lalu, diberikan ruang seluas mungkin dalam menjalankan tanggungjawab bagi memastikan siasatan kes itu dilaksanakan secara telus, adil, cepat dan tanpa rasa takut atau berat sebelah.

NONE Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ( kiri ), memberi jaminan bahawa itu adalah matlamat utama panel khas itu ditubuhkan.

"Saya juga ingin mengingatkan bahawa panel ini tidak akan mencampuri urusan prosedur siasatan, sebaliknya akan bertindak melihat dan menilai setiap sudut aspek siasatan," katanya dalam satu kenyataan di Putrajaya, hari ini.

Ahli panel khas itu terdiri daripada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop sebagai pengerusi; bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Haniff Omar; ahli Suruhanjaya Antara Kerajaan Asean Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR), Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Keselamatan), Datuk Ahmad Fuad Abdul Aziz.

T azlan urut menganggotai panel khas itu ialah ahli Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Datuk Dr Michael Yeoh; bekas ahli Suhakam, Dr Denison Jayasooria; penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim dan pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Datuk Abdul Halim Sidek.

Pada kejadian kira-kira jam 2 pagi, 26 April lalu, Aminulrasyid mati selepas terkena tembakan yang dilepaskan anggota polis peronda di Seksyen 11, Shah Alam.

Hishammuddin berharap ibu dan keluarga Allahyarham Aminulrasyid bersabar dengan proses siasatan yang sedang dijalankan serta dapat menerima pembentukan panel khas itu.

Katanya, seperti diarahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, beliau mahu supaya siasatan terhadap perkara itu dapat dilaksanakan secara telus tanpa menyembunyikan sebarang fakta dan maklumat serta adil.

Beliau berkata, keluarga remaja itu dan orang ramai boleh meneliti sendiri senarai ahli panel itu yang diketahui umum sebagai individu yang bebas dan dihormati kerana latar belakang, pengalaman serta kepakaran mereka dalam hal berkaitan hak asasi manusia, jenayah dan bidang kepolisian.

"Berdasarkan latar belakang, pengalaman dan kepakaran anggota panel khas ini, orang ramai boleh menilai sejauh mana kesungguhan dan keikhlasan kerajaan untuk memastikan perkara ini diselesaikan secara telus, adil dan cepat," katanya.

Be NONE liau yang menyuarakan rasa sedih dan amat bersimpati kepada ibu serta keluarga mangsa, sekali lagi berharap supaya kejadian itu tidak dipolitik dan disensasikan oleh sesiapa saja.

"Berikan peluang dan sedikit kepercayaan kepada pihak yang bertanggungjawab menjalankan siasatan kerana panel khas ini perlu melaksanakan tanggungjawab dan peranan mereka sebaik mungkin," katanya.

Hishammuddin berkata, perbuatan mempolitik atau mensensasikan kejadian itu hanya akan membawa kepada perbincangan terbuka tanpa elemen rasional dan sudah pasti tidak akan membantu menyelesaikan siasatan.

Beliau memohon semua pihak bersabar, mengenepikan emosi dan sebarang sikap prejudis terhadap polis supaya mereka dapat melaksanakan siasatan seperti yang dikehendaki.

 - Bernama