PM: Pentingkan pekerja tempatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta semua majikan agar pentingkan pekerja tempatan dengan memberi keadilan dengan memberi upah yang sewajarnya.
Katanya, majikan sepatutnya mencari jalan untuk tingkatkan produktiviti pekerja tempatan dan bukannya mencari jalan mudah membawa pekerja asing dengan mengorbankan pekerja tempatan.
"Ini tidak wajar dilakukan. Jangan salahkan kerajaan kalau kita tidak meluluskan tambahan pengimportan pekerja asing.
"Kita nak lihat bagaimana pekerja-pekerja tempatan boleh diberi keutamaan dalam pertimbangan mereka (majikan),” katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan sambutan Hari Pekerja 2010 anjuran Kementerian Sumber Manusia di Mines Resort City, Seri Kembangan dekat Kuala Lumpur hari ini.
- Bernama

