Kedutaan Malaysia di Bangkok tidak perlu ditutup kerana ia tidak terjejas dengan kekacauan yang berlaku di ibu negara Thailand itu, kata Timbalan Menteri Luar A Kohilan Pillay.

red shirt protest in thailand bangkok Semua rakyat Malaysia di Bangkok juga dilaporkan selamat, katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, katanya pejabat Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia di Bangkok ditutup.

"Rakyat Malaysia perlu mengelak kawasan terlibat, waspada. Hubungi kedutaan sekiranya perlu,” katanya.

Sementara itu, menurut jurugambar AFP, sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dalam keganasan terbaru di Bangkok.

Thai troops battle protesters in Bangkok streets. Jurugambar itu mendakwa melihat mayat mereka terbaring di atas tanah.

Saksi berkata, dua lagi mangsa yang terbunuh juga kelihatan di kawasan itu.

Semalam, pertempuran antara penunjuk perasaan dan tentera Thai menyebabkan 16 orang terbunuh dan lebih 140 cedera.

Semua yang terbunuh itu adalah warga Thai.