Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
ADUN Kerdau terus di ICU tetapi stabil
Diterbitkan:  May 23, 2010 4:15 PM
Dikemaskini: 8:37 AM

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kerdau, Pahang Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang ditempatkan di Unit Rawatan Jantung (CCU) Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur, berada dalam keadaan stabil.

NONE Jurucakap IJN ketika dihubungi hari ini berkata Zaharuddin, yang dimasukkan semula ke CCU sejak semalam, kini stabil. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Zaharuddin, 63, sebelum ini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh kerana penyakit ulser dan telah menjalani pembedahan.

Bagaimanapun doktor yang merawatnya turut mengesan beliau mengalami komplikasi jantung sebelum memindahkannya ke IJN pada 9 Mei lalu.

Sementara itu, anggota parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said berkata beliau dimaklumkan oleh seorang anggota keluarga Zaharuddin bahawa ADUN Kerdau itu telah menunjukkan tindak balas ketika diperiksa oleh doktor malam semalam.

Tinjauan ke CCU mendapati beberapa anggota keluarga dan saudara mara terdekat Zaharuddin memenuhi kawasan di luar perkarangan unit itu pagi tadi.

Mereka bagaimanapun enggan ditemu bual.

- Bernama

ADS