Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penyelewengan rumah kos rendah, menteri arah siasat
Diterbitkan:  May 24, 2010 4:34 PM
Dikemaskini: 8:43 AM

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meminta kerajaan Selangor menyiasat dakwaan yang mengatakan berlaku penyelewengan dalam pembahagian pangsapuri kos rendah oleh pemaju perumahan di negeri itu.

bagan pinang kong chor har 051009.jpg Menterinya, Datuk Kong Cho Ha, berkata kementeriannya tidak terbabit dalam projek perumahan kos rendah ini memandangkan ia adalah projek milik kerajaan negeri.

"Projek ini adalah projek kerajaan negeri yang dimajukan oleh pemaju swasta...dan selepas siap hanya kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan saja yang layak menentukan pembeli untuk unit-unit perumahan tersebut," katanya selepas membuat lawatan ke kawasan PPR Bersepadu Bukit Jalil 1 dan 2 di Kuala Lumpur, hari ini.

Kong berkata, walaupun setakat ini pihaknya belum lagi menerima apa-apa rungutan daripada orang ramai berkenaan isu tersebut, tapi ia perlu disiasat jika ia benar-benar berlaku.

"Setakat ini saya hanya ada mendengar rayuan beberapa individu yang berhasrat memiliki rumah kos rendah, dan saya menyuruh mereka berdaftar dengan kerajaan negeri bagi tujuan tersebut," katanya.

house low cost housing 200307 type 01 Sebuah akhbar berbahasa Inggeris sebelum ini melaporkan terdapat 500 pekerja Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang memiliki unit pangsapuri kos rendah di Petaling Jaya sedangkan golongan tersebut tidak layak memiliki perumahan tersebut.

Sementara itu, Kong berkata, sebanyak 3,792 unit rumah di PPR berkenaan hanya boleh diduduki selewat-selewatnya hujung tahun ini selepas masalah cerun dan kecurian di kawasan itu ditangani.

"Masalah yang kita hadapi adalah terdapat cerun di belakang ini yang mempunyai batu besar...kita akan buat rawatan supaya ia tidak membahayakan penduduk dan kenderaan yang diletakkan di parkir berdekatan bongkah batu itu.

low cost housing ppr 131108 02 "Bagi masalah kecurian, kita akan mengganti semula peralatan yang dicuri dan tahap keselamatan sekitar kawasan ini juga akan ditingkatkan," katanya.

Beliau berkata, proses pemotongan bongkah tersebut dijangka selesai Julai ini

dan apabila siap PPR tersebut akan diserahkan kepada DBKL untuk tindakan selanjutnya.

Projek itu yang siap pada 2007 merangkumi enam blok 18 tingkat, dibina di atas tanah seluas 21.05 hektar dengan kos sebanyak RM189.2 juta.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS