Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lesen barangan kawalan dikeluar serta merta
Diterbitkan:  Jun 3, 2010 6:00 PM
Dikemaskini: 10:07 AM

Lesen runcit barangan kawalan yang akan diwajibkan kepada semua peniaga yang menjual gula, tepung gandum dan minyak masak boleh diperoleh serta merta dengan bayaran RM10.

ismail sabri yaakob Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata walaupun lesen itu perlu diperbaharui dalam tempoh dua tahun sekali, tiada lagi bayaran akan dikenakan.

Beliau berkata, bagi membolehkan peniaga memperolehnya dengan cepat, pegawai kementerian telah diarah supaya memudahkan proses mendapatkan lesen runcit itu.

"Kita nak beri lesen dengan semudahnya. RM10 sekali bayar. Kalau dia (peruncit) 10 tahun berniaga barangan kawalan hanya perlu sekali sahaja bayar...kalau lepas ini, dia perbaharui lima kali lagi, pun tak perlu bayar. Jadi duit tak jadi masalah," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Seminar Koperasi Perladangan di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau mengulas gesaan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, semalam supaya keputusan mewajibkan peniaga memiliki lesen runcit ditarik balik berikutan akan menambahkan beban kepada peniaga dan rakyat.

sundry shops kedai runcit everyday goods 250907 cooking oil Ismail mengaku ramai yang keliru tentang lesen itu yang sebenarnya bertujuan melindungi peruncit daripada selalu dipersalahkan oleh pemborong jika masalah kekurangan bekalan timbul.

"Selama ini dengan tiadanya lesen runcit, kita tidak dapat memantau apa yang dilakukan oleh peruncit. Setiap kali kita ambil tindakan kepada pemborong, pemborong akan kata dah hantar kepada peruncit, peruncit tak jual.

"Kita tak mahulah perkara ini setiap kali terjadi, pemborong akan meletakkan kesalahan kepada peruncit. Kita nak lindungi kepentingan peruncit sebab itulah kita lesenkan mereka ini. Jadi saya rasa peruncit tak perlu bimbang," katanya.

Ismail Sabri berkata, kerajaan tidak berniat untuk menyusahkan mana-mana pihak dengan mewajibkan pemilikan lesen runcit itu.

- Bernama

ADS