Ahli parlimen Bebas Wang Maju, Wee Choo Keong menggesa kerajaan mengambil tindakan melindungi para pengguna daripada syarikat-syarikat yang didakwanya "tidak beretika".

Antara sasarannya ialah Malaysiakini yang didakwanya telah menjadi "mesin propaganda". Turut menjadi sasarannya ialah syarikat penerbangan tambang murah AirAsia .

vk lingam hearing wee choo keong pc thirunama 180108 stern Ketika membahaskan pindaan undang-undang Perlindungan Pengguna 1999 Rabu lalu, Wee berkata perlindungan pengguna masih tidak mencukupi dan penguatkuasaan undang-undang juga lemah.

"Saya khuatir semasa syarikat yang sedemikian gulung tikar, apakah perlindungan yang mereka dapat daripada kementerian? Ini bukan RM10,000, RM20,000.

"Jumlahnya kemungkinan beratus-ratus juta ringgit. Pada masa itu saya takut kerajaan kena buat satu 'bailout' (menyelamat) pula, guna wang rakyat," kata Wee merujuk kepada polisi AirAsia yang menggalakkan pembelian awal tiket penerbangannya.

"Ini bukan GLC (syarikat kaitan kerajaan), itu satu contoh. Satu lagi, seperti Malaysiakini , syarikat portal berita yang menerbitkan pelbagai fitnah, jadi jurucakap pihak tertentu," kata Wee.

Menurut Hansard Dewan Rakyat, Wee menyentuh tentang  "tawaran istimewa" seperti pakej RM300 melanggan Malaysiakini selama tiga tahun.

"Katalah RM100, katalah setahun. Jadi tiga tahun, RM300. Sekarang ini kata 'special offer ', mungkin separuh, RM150.

"Ini bukan special offer . Berani saya kata, kebanyakan puak-puak ini, syarikat-syarikat yang sedemikian ini ada masalah kewangan. Kalau tidak, mereka tidak akan keluar special offer ini semua.

"Dulu tidak ada special offe r. Sekarang ini dia punya member  ataupun pengguna orang awam ini sudah jatuh. Orang sudah hilang keyakinan mereka terhadap Malaysiakini ," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan mengambil tindakan untuk "melindungi, membela hak-hak pengguna", sambil berkata ia adalah satu perkara serius.

[Baca berita penuh]