Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zaid: Najib perlu lepaskan Felda
Diterbitkan:  Jun 18, 2010 5:37 PM
Dikemaskini: 12:07 PM

Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim menuntut supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melepaskan cengkamannya ke atas Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi membolehkan organisasi itu diuruskan secara telus dan profesional.

NONE Bekas menteri di jabatan perdana menteri itu juga menuntut supaya penjelasan lanjut diberikan berhubung kemerosotan jumlah rizab tunai Felda yang menjunam daripada RM4.08 bilion pada 2004 kepada hanya RM1.35 bilion pada tahun lalu.

Zaid meminta supaya penjelasan lanjut diberikan terhadap jawapan  timbalan menteri di jabatan perdana menteri (JPM) Datuk Ahmad Maslan di Dewan Rakyat bahawa jumlah rizab berkenaan susut sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun.

"(Ahmad Maslan) gagal menjelaskan apa hasil yang boleh diperolehi Felda melalui pelaburannya, sebaliknya menggunakan wang tersebut untuk berbelanja sakan untuk 'tujuan kebajikan', seperti yang ditakrifkan.

"Me Felda nteri itu sendiri, bukan timbalannya, yang patut memberikan jawapan ini di Parlimen. Akauntabiliti awam adalah paling utama apabila duit pembayar cukai digunakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara yang dibangkitkan oleh Zaid ialah bayaran pendahuluan sebanyak 40 peratus kepada syarikat pemaju Naza TTDI untuk membina ibu pejabat baru lembaga itu, dengan kos keseluruhan RM662 juta.

Sedangkan, kata Zaid lagi, bayaran deposit pada kebiasaannya hanya pada kadar 10 peratus sahaja.

"(Ahm felda farm products 130207 ad Maslan) juga tidak mendedahkan mengapa harga (RM662 juta) itu sangat tinggi berbanding harga pasaran," katanya lagi.

Tambahnya, Felda juga telah menutup tiga buah syarikat yang dikuasainya - Felda Rubber, Sutera Jaya dan Felda Herbal, dalam tempoh lima tahun lalu.

"Sepatutnya ada penjelasan terperinci mengapa penutupan dibuat, dan sama ada tindakan ini disebabkan salahurus yang lebih teruk," katanya.

Katanya lagi, penjelasan juga perlu dilberikan berhubung perbelanjaan antara RM4 juta sehingga RM5 juta untuk menganjurkan pertandingan futsal dan sokongan kepada Kelab Bolasepak Felda.

"(Se NONE dangkan), kebanyakan persatuan bolasepak kebangsaan mengurangkan perbelanjaan untuk pasukan mereka, termasuk pasukan yang layak ke Piala Dunia," katannya.

Zaid juga berkata, perbelanjaan sebanyak RM2 bilion untuk program tanaman semula Felda adalah satu jumlah yang terlalu besar bagi program tersebut.

Katanya lagi, kerajaan perlu mendedahkan jumlah peserta rancangan terlibat, keluasan tanah, bayaran sara diri dan pendahuluan pendapatan kepada peserta program berkenaan.

Selain itu, turut dibangkitkannya ialah dana sebanyak RM253 untuk program pembasmian kemiskinan di Sabah.

"Timbalan menteri tidak menjelaskan bagaimana RM253 juta itu disalurkan, atau memperincikan semua penerimanya.

"Adakah wang tersebut disalurkan terus kepada peserta miskin, ataupun disalurkan kepada kerajaan negeri Sabah yang sedang pokai?" soalnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS